Menyertai PKR Fauzi Abdul Rahman

Sejak Reformasi 1998, Fauzi Abdul Rahman dilihat bersama Anwar Ibrahim. Sejak itu, Fauzi, Siti Zaharah Sulaiman dan lain-lain mendiamkan diri dalam politik. Fauzi dan Anwar Ibrahim satu sekolah di MCKK pada tahun 1964.[1]

Pada 23 Julai 2008, Fauzi Abdul Rahman keluar dari UMNO kerana dilihat bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyertaan beliau diumumkan oleh Anwar Ibrahim di pejabat PKR di Petaling Jaya. Kini beliau menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Pahang. Turut sama menyertai PKR ialah bekas ahli Parlimen Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.[2]